[SoalJawab] Cara Mandi Wajib

Soalan:
Apakah boleh ustaz (UIA) jelaskan tatacara bagaimana mandi wajib dengan sempurna. Saya bimbang sekiranya saya silap mandi wajib sehingga menyebabkan segala amal ibadah saya menjadi sia-sia.
Jawapan:
Cara mandi wajib yang sempurna ialah bermula dengan membersihkan kemaaluan daripada najis, kemudian mengambil wuduk. Selepas itu, mulakan mandi dengan menjirus kepala terlebih dahulu sambil berniat, "Aku mandi wajib kerana Allah Taala". Kemudian basuh bahagian badan dari atas ke bawah dengan tiga kali basuhan. Sewaktu membasuh bahagian kemaluan, perlu duduk mencangkung dan digosokkan bahagian dubur dan segala perlipatan-perlipatan tubuh. Semua bulu dan rambut wajib disampaikan air padanya supaya mandi kita itu sah bagi beribadah. Sekiranya memakai cincin, tanggalkan cincin itu sebelum mandi supaya air sampai dengan rata pada celah-celah jari. - UIA

[SoalJawab] Hukum Kencing Tidak Lawas

Soalan:
Sebahagian orang mengalami masalah kencing berterusan atau kencing tidak lawas. Malah, ada yang sentiasa terkeluar air mazi. Adakah hukum taharah dan ibadah bagi kedua-dua keadaan itu sama?
Jawapan:
Keluar kencing berterusan adalah sama dengan keluar mazi berterusan kerana kedua-dua ini dihukum sebagai 'daaimul hadas' iaitu hadas yang sentiasa ada. Justeru, orang yang mengalami masalah ini perlu membasuh kemaluan dan memakai lampin ataupun menutup dengan sebarang kain. Kemudian berwuduk dengan sempurna. Wuduk ini hanya sah bagi satu solat fardu dan beberapa solat sunat sahaja. - UIA

Doa Selepas Solat (Ringkas)

Doa Selepas Solat (Ringkas)
Terjemahan Bahasa Rumi
Bismillah hir'rahma nirra'him
Alhamdulillah hirob bil a'lamin
Wassola tuwas sala mua'la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa'ala alihi wasob bihi ajma'in
Allahumma ahyiina bil iiman, wa'amit naa bil iiman, waiz kholnaal jannata maal iiman
Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo
Allahummaah timlana bi'khusnil khotimah, wala tahtim alaina bisuu ii' khotimah
Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in'naka antal wahab
Robbana a'tina fid'dun yaa hasanah, wafil a' khirotil hasanah, waqinaa azab'bannar
Wasollallah huala saidina Muhammad, wa'ala a'lihi wasobihi was'salam
Walham dulillah hirob'bil a'lamiin
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Doa Qunut (Ketika Solat Subuh)

Doa Qunut Ketika Solat
Bacaan Bahasa Rumi
Allah humah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Wastaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Maksudnya:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Info Tambahan:
Jika anda menjadi imam, kalimah-kalimah berikut hendaklah dibaca dan ditukar, manakala orang-orang yang menjadi makmum tidak perlu membaca pada kalimah kalimah tersebut, makmum hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya dengan Amin sahaja.:-
"Allah humah dini" kepada "Allah humah dina"
"Wa'a fini" kepada "Wa'a fina"
"Watawallani" kepada "Watawallana"
"Wabarikli" kepada "Wabariklana"
"Waqinii" kepada "Waqina"

Doa Selepas Makan

Doa Selepas Makan
Terjemahan Bahasa Rumi
Alhamdulillahilladzii ath’amanaa wa saqaanaa wa ja’alanaa minal muslimiina
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kepada kami dan menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Islam.

© 2012 - i luv islam | Designed by kimzigr | Using The 1KB Grid | Powered by MyTohaNetwork | Facebook - Twitter