Pin It

[SoalJawab] Minyak Wangi Tanpa Alkohol

no-images Soalan:
Seorang menyapu minyak wangi tanpa alkohol pada tangannya, kemudian mengambil wuduk (air sembahyang). Adakah solatnya sah sedangkan baunya masih ada pada tangan?
Jawapan:
Sekiranya wangian itu adalah jenis yang tidak menghalang air dari sampai ke anggota wuduk, wuduknya sah. Dia tidak perlu membasuh kesan wangian itu dahulu sebelum mengambil wuduk. Tetapi sekiranya wangian itu jenis berminyak yang disapu pada anggota wuduk seperti tangan, maka ia perlu dibersihkan dahulu sebelum mengambil wuduk. Sekiranya wangian itu bukan pada bahagian anggota wuduk seperti leher, maka tidak mengapa mengambil wuduk tanpa membersihkannya terlebih dahulu
Kredit: Ustaz Azhar Idrus

If you find this article useful, please feel free to link to this page from your website or blog.




Widget by BloggerTipAndTrick


© 2012 - i luv islam | Designed by kimzigr | Using The 1KB Grid | Powered by MyTohaNetwork | Facebook - Twitter